Sabtu, 2 Oktober 2010

I Love The Way You Love Me

Mari ramai-ramai membaca kisah percintaan yang sungguh romantik ini. Selamat membaca ya.



Pada 19 April 2010..
Bermula lah kisah satu pasangan yang telah jatuh cinta melalui cinta pandang pertama..Si lelaki yang bernama Awgku Mohd Fakhrul Razi atau nama glamournya Kozi telah melihat seorang gadis yang ayu dan cantik yang diberi nama Avey Valeria Cinderella Constanstine @ Cici..Cici sedang membeli sebatang lolypop di kedai gula-gula batu yang famous somewhere in Kuching..Kozi pula telah tertarik dengannya.Mahu tak mahu dengan perasaan yang beraninya dia menanya perempuan tersebut.Kozi meminta nombor telefon dan email address Facebook Cici. Lepas tu, Cici pun bagi la.. Maklum lah sama-sama tertarik with each other..hehe..





Maka berpetiklah percintaan mereka setelah pertemuan tersebut..Masing-masing mengatakan missing with each other.. :)Setelah berbulan lamanya mereka menjalinkan hubungan, maka hubungan tersebut telah diketahui oleh kedua-dua orang tua Cici. Pada mulanya ibu bapa Cici tidak bersetuju dengan hubungan mereka. Cici telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Tapi Kozi tidak sanggup memutuskannya kerana Kozi amat menyayangi Cici. Akibat dari kejadian tersebut, Cici ingin lari dari rumah. Akan tetapi Kozi tidak menyuruhnya. Lalu Cici pun mengatakan bahawa dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan orang tua nya lagi kerana mereka selalu membantah hubungan Kozi & Cici. Hubungan Cici dengan orang tua nya amat renggang ketika itu. Dan ketika itulah ayah Cici mengatakan dengan Cici bahawa ibunya menghadapi penyakit kanser perut dan tidak lama lagi mungkin Tuhan akan mengambil nyawanya. Setelah seminggu kemudian ibu Cici dihantar ke hospital dan doktor telah mengesahkan bahawa ibunya telah meninggal dunia. Sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhirnya, ibunya telah pun mempersetujui hubungan Kozi & Cici. Cici pun berasa lega dan dia akan sentiasa ingatkan pesanan dari ibunya supaya jangan mengecewakan ayahnya dan juga berharap agar Cici akan melahirkan ramai anak untuk kedua-dua ibu bapa Kozi & Cici.


Kini hubungan mereka telah dipersetujui oleh kedua-dua orang tua mereka. Walaupun Kozi dan Cici terpaksa berjauhan selama 2 tahun namun cinta mereka tetap kuat dan masing-masing tetap dengan janji mereka. Dengar-dengar mereka ingin bernikah pada Tahun 2012 kelak. Tak sabar la~~ :D Anyway, let us pray for this sweet couple. :)

The End.








Writter:
Gloria Gill


Tiada ulasan:

Catat Ulasan